Make your own free website on Tripod.com

MayFirst PRONOTON BioEnergy Booster For Men

Laman Utama | Kelenjar Prostat | Seksualiti Manusia | Masalah Seksual | Rawatan Syahwat | Ramuan 'Magic in a Capsule' | Bagaimana 'Magic' Bertindak | Bersama Pakar | Cara Pengambilan | Produk Kombinasi | Testimoni Pengguna | Hubungi Pengedar | Harga Pronoton dan Kombinasi | Laman Wanita | Produk Wanita | Kempen CEKAP | Notis Terkini

Produk Wanita

femaling-home.jpg

Hidup itu... Sihat... Cantik... Hebat...

Semua wanita itu cantik. Cumanya mungkin anda hanya perlu menambahkan kecantikan itu dengan usaha. Cantik itu adalah sesuatu yang subjektif. Ada orang kata si A itu cantik, tetapi orang lain tengok dia biasa sahaja. Oleh itu, wanita tidak kira di mana sahaja berada perlu menanam motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri untuk kelihatan cantik.

MayFirst FEMALING

Pueraria Mirifica adalah herba Thai yang dikenali sebagai "White Kwaaw Kraw" yang merupakan tumbuhan semulajadi untuk melambatkan proses penuaan, menopause dan menggalakkan kecantikan. Ia mengandungi paras estrogen semulajadi (phytoestrogen) yang tinggi seperti Puerarin, Deoxymiroestrol, Miro Estrol, Daidzean, Mirifican dan sebagainya. Komponen-komponen ini telah dikenali sebagai bahan yang mempunyai ciri-ciri antioksidan yang tinggi yang mampu untuk mengawal atur serta mengekalkan fungsi sistem endokrin (sistem hormon).

Umumnya MayFirst Femaling mengimbangkan rembesan hormon, menggalakkan aliran darah yang baik dan memperbaiki kadar rembesan estrogen di dalam wanita. Dengan ini ia akan mengekalkan pembentukan kologen tisu yang akan menguatkan rupa bentuk payudara serta kecantikan peha dan pinggul secara semulajadi. Struktur kulit akan menjadi halus, lembut dan semakin cantik bilamana kolagen-kolagen dihasilkan. Phyto-estrogen juga menggalakkan pertumbuhan dan melebatkan rambut, menghalang keguguran rambut dan beruban, menguatkan tulang, menghilangkan tanda-tanda kedut kulit muka dan mengetalkan payudara.

Hormone Replacement Therapy (HRT) secara tradisional ialah kaedah penggantian estrogen di dalam tubuh wanita yang telah berkurangan dengan phyto-estrogen, bertujuan untuk mengawal atur kesan menopause dan simptom pengurangan estrogen. MayFirst Femaling mengandungi kepekatan tinggi sumber asli phyto-estrogen yang mungkin dapat digunakan sebagai rawatan alternatif, selamat, mudah dan menjimatkan untuk HRT. Pengamal MayFirst Femaling akan menikmati rupa bentuk tubuh yang menawan, kulit cerah yang sihat dan halus, pembentukan ciri-ciri kewanitaan yang menarik dan rambut yang lembut, lebat lagi bersinar.

Kelebihan-kelebihan lain:

Terdapat bukti yang menyokong bahawa phytoestrogen di dalam Pueraria Mirifica menyumbang kepada mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung, darah tinggi, dan sebagainya) malahan phytoestrogen mungkin dapat menghalang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular (kencing manis, buah pinggang dan sebagainya).

Kandungan Aktif

Phyto-estrogen di dalam MayFirst Femaling seperti: Puerarin, Deoxymiroestrol, Mori Estrol, Daidzein, Mirificin.

Dos: 2 kapsul 2 kali sehari selepas makan. Hendaklah minum air yang banyak.

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia: MAL 20021652T

Harga: RM 93.00 (SM) RM 102.00 (SS) (30 kapsul)

AMARAN

Ibu mengandung dan sedang menyusukan anak hendaklah elak dari mengambil produk ini. Wanita yang telah disahkan terdapat tumor (barah) pada organ sensetive-estrogen seperti ovari, rahim (uterus) dan payudara hendaklah elak dari mengambil produk ini.

Kombinasi Cadangan

Terapi 1 (Berat badan normal)

Femaling- 2 kapsul sehari

Mesmerize - 2 kapsul sehari

Terapi 2 (Berat badan berlebihan)  

Femaling - 2 kapsul sehari

Mesmerize - 2 kapsul sehari

Chitomonascus - 2 kapsul sehari setengah jam sebelum makan

MayFirst MESMERIZE

Mesmerize adalah rawatan yang sangat terkenal di kalangan wanita untuk melegakan beberapa masalah pada rahim (uterus). Ia mengekalkan gaya hidup sihat seseorang wanita dengan memperbaiki ciri-ciri kewanitaan, meningkatkan stamina serta tenaga dalaman dan menghilangkan keletihan dengan memperbaiki segala simptom penyakit puan (gynaecilogy), haid atau menopause.

Bahan Aktif

Labisa Pumila (Kacip Fatimah)

Ia sejenis pohon kayu yang mudah diperolehi di dalam hutan untuk digunakan oleh wanita lepas bersalin bagi mengekalkan kesihatan, kekuatan dan tenaga. Ia juga digunakan untuk memerangi gonorrhea (penyakit kelamin), cirit-birit dan mengeluarkan lebihan angin dalam tubuh. Kacip Fatimah mempertingkatkan kesan estrogen di dalam wanita bagi mengekalkan sifat-sifat wanita dan kesihatan menyeluruh. Ia juga memperbaiki aliran darah, mengurangkan lendir kotoran di dalam faraj, mengurangkan senggugut dan mengekalkan keseimbangan hormon bagi mengurangkan sistem menopause.

Trifolium pratense (Red Clover Flower)

Rawatan alternatif bagi simptom kemerahan muka yang sering berlaku menopause. Sering digunakan untuk merawat masalah kulit seperti ekzema dan soraisis. Digunakan secara turun-temurun untuk penawar bagi barah payudara. Flavanoid adalah bahan aktif yang terkandung di dalam bunga dan daun Trifolium Pratense memberi kesan estrigenik dan adalah amat berguna di dalam rawatan masalah menopause. Terdapat juga alkaloid slaframine di dalam bunga yang rosak yang telah dikaji untuk rawatan kecing manis (diabetis) dan anti-AIDS.

Cimicifuga Racemosa (Black Cohosh Root)

Diguna secara tradisional untuk merawat masalah haid, kesakitan selepas bersalin, masalah saraf dan kesakitan tulang sendi. Walau bagaimanapun, keutamaan diberi di dalam rawatan "hot flushes" (kemerahan muka) ketika menopause. Black Cohosh Root mengandungi estrogen semulajadi (phyto-estrogen) yang semulajadi yang mengikat pada tapak hormon di dalam payudara dan rahim untuk mengurangkan sistem menopause tanpa risiko barah payudara. Ia mengurangkan kesakitan akibat kekejangan rahim. Ia juga telah digunakan dengan jayanya untuk memperbaiki kekeringan dan kepanasan tubuh wanita yang telah mengalami menopause.

Teraxacum Mongolicum Compositae (Dandelion)

Herba Taraxi membaiki fungsi hati. Ia mengurangkan kesakitan dan simptom endometriosis. Ia juga mempercepatkan aktiviti hati untuk mengeluarkan lebihan estrogen dari tubuh untuk mengekalkan keseimbangan hormon di dalam wanita. Herba Teraxi juga mempercepatkan keupayaan tubuh untuk menyerap zat besi di dalam makanan bagi memperbaiki keadaan enemia (kekurangan sel darah merah).

Kajian juga mendapati bahawa herba Teraxi mengawal paras gula darah iaitu membantu di dalam rawatan kencing manis.

Dong Quai Root (Angelicae Sinensis)

Ia adalah ramuan ubatan herba paling penting sekali. Ia mempunyai kesan rangsangan segera pada rahim terutamanya ketika bersalin. Dong Quai amat berkesan merawat simptom-simptom seperti senggugut, keguguran, sejuk tangan dan kaki, kekurangan darah (enemia) dan di dalam kes-kes tertentu ketidaksuburan. Ia menghasilkan tenaga, stamina dan ketahanan terhadap penyakit. Ia mengawal atur hormon wanita untuk membantu di dalam bisul, sakit kepala serta masalah pengaliran darah daripada salur darah periferi.

Pueraria Lobata

Sejenis tumbuhan alamiah yang mengandungi phyto-estrogen yang tinggi Terapi Pengantian Hormon (HRT) secara tradisional. Antara hormon phyto-estrogen seperti Puerarin, Micro Estrol, Daidzein dan Mirificin. Pueraria Lobata mengekalkan pembentukan kolagen yang memberi keremajaan rupa bentuk payudara, bahagian peha dan tubuh di samping mencantikkan struktur kulit. Aktiviti phyto-estrogen termasuk menggalakkan pertumbuhan dan melebatkan rambut, menghalang keguguran rambut, memperbaiki penglihatan, menghilangkan sakit sendi, memperbaiki daya ingatan dan melambatkan penyakit nyanyuk (Alzheimer's).

Pengamal MayFirst Mesmerize kapsul akan mengalami kesan rawatan di dalam pelbagai peringkat.

Peringkat Pertama: 2-10 hari

1. Lendir faraj banyak dikeluarkan daripada rahim dengan pelbagai warna.  

2. Bila berada di dalam keadaan haid, warna lendir yang keluar adalah agak gelap dan jumlahnya akan bertambah. Lendir kotoran akan dikeluarkan bersama tompok darah bersama kotoran-kotoran lain.  

3. Kulat dan bakteria akan dimusnahkan hingga menghilangkan bauan yang tidak menyenangkan.  

4. Memberi kesan kesegaran dengan perubahan positif pada simptom yang tidak menyenangkan.  

Peringkat Kedua: 10-60 hari

1. Memperbaiki dan mengatur semula kitaran pusingan haid serta melegakan senggugut.

2. Kotoran-kotoran yang dikeluarkan daripada rahim dapat membantu membaiki simptom seperti mengurangkan lendir kotoran faraj, radang faraj, penyakit radangan peha, radang rahim, penyakit ovari dan simptom lain yang berkaitan.  

3. Memberi kucupan rahim yang lebih baik walaupun pada siang hari.  

4. Lebih elastik dan memberi lebih kucupan otot dinding rahim dan faraj.  

Peringkat Ketiga: 60 hari dan seterusnya

1. Perubahan yang jelas bagi beberapa masalah rahim untuk mencapai tahap kesihatan yang sangat memuaskan.  

2. Meningkatkan rangsangan dan keinginan seksual bagi menghasilkan hubungan seks yang harmoni.

3. Mengekalkan rahim seseorang wanita pada tahap seperti asal sebelum berkahwin.  

4. Mengaktifkan semula sel-sel wanita dengan menghasilkan kehalusan dan kelembutan kulit, mengurangkan pigmentasi dan mengekalkan keremajaan kulit.

Dos: 2-3 kapsul 2 kali sehari selepas makan.

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia: MAL 20034081T

Harga: RM 64.00 (SM) RM 70.00 (SS) (30 Kapsul)

AMARAN

Ibu mengandung dan sedang menyusukan anak hendaklah mengelak dari mengambil produk ini.

Kombinasi Cadangan

Terapi 1 (Berat badan normal)

Mesmerize - 2 kapsul sehari

Femaling - 2 kapsul sehari

Terapi 2 (Berat badan berlebihan)  

Mesmerize - 2 kapsul sehari

Femaling - 2 kapsul sehari

Chitomonascus - 2 kapsul setengah jam sebelum makan

Selain dari produk-produk di atas, MayFirst Gold banyak mengeluarkan rangkaian produk-produk penjagaan kesihatan dan kecantikan khusus untuk wanita. Sila klik gambar di bawah:

femaling-home.jpg

Perhatian: Laman web ini mengandungi artikel dan info seksual. Resolusi bersesuaian 800 X 600. Hakcipta Terpelihara @ MayFirst Distributor.