Perkataan aprodisacs berasal dari perkataan
Greek (aprodite) yang bermaksud Dewi Nafsu. Oleh itu, apa bentuk barangan atau makanan yang bila digunakan atau dimakan kesannya
akan merangsang hubungan seksual atau meningkatkan syahwat manusia dipanggil sebagai ‘aprodisacs’.
Pemahaman tentang aprodisacs telah ada
semenjak zaman kuno. Malah ia ada tercatat dalam kitab-kitab purba seperti Kama Sutra, Phoenix and Dragon (buku klasik Cina)
dan kitab Al-Shawi Perfume Garden. Segala jenis kayu-kayan, bahan daripada binatang, wangi-wangian dan petua-petua yang agak
sukar untuk diterima seperti melakukan hubungan seksual dengan binatang bagi tujuan memelihara ketegangan penis.
Disebabkan kebanyakan ramuan untuk memproses
aprodisacs adalah binatang, lalu banyaklah binatang menjadi mangsa dan hampir pupus. Binatang seperti badak sumbu diburu kononnya
merupakan sumber aprodisacs yang cukup berkesan. Pendek kata semua binatang yang bersumbu, bertanduk atau berekor, malah penis
binatang itu sendiri juga kononnya dapat menguatkan syahwat lelaki dan memulihkan masalah impotensi. Sebenarnya bahan-bahan
tersebut di atas tidak langsung memberi sebarang kesan aprodisacs. Perubahan yang berlaku pada syahwat lelaki yang mengamalkan
aprodisacs hanyalah satu kebetulan.
Selain binatang liar, serangga, ulat
dan unggas seperti anai-anai, semut api, kumbang ‘cantharides’ atau ‘spanish fly’ juga digunakan untuk
membuat aprodisacs. Cantharides misalnya bila ditumbuk lumat dan dimakan dapat merangsangkan tenaga batin. Ketegangan yang
hebat boleh berlaku dan si lelaki boleh bertahan lama. Perkara ini bukanlah sesuatu yang elok kerana kajian mendapati kumbang
cantharides turut menyebabkan kerosakan buah pinggang, pundi kencing bengkak dan saluran kencing tidak berfungsi. Penis menjadi
tegang setelah memakan cantharides adalah disebabkan oleh tindakbalas cantharides terhadap sistem buah pinggang dan saluran
kencing.
Ketegangan ketara pada penis adalah ketegangan
menyakitkan yang dinamakan ‘priapisme’. Lelaki yang mengalami perubahan tersebut perlu berjumpa doktor untuk rawatan
kecemasan. Jika terlambat, pembuluh darah bahagian penis menjadi rosak (mati pucuk selama-lamanya).
Aprodisacs yang dihasilkan pada tumbuh-tumbuhan
memang popular di Asia. Ubat-ubat tradisional Melayu, Cina ataupun India kebanyakannya dibuat dari akar kayu dan memang ada
kebaikannya. Ubat seperti jamu, maajun dan rempah ratus ada kesan baik pada sistem badan manusia. Samada ia dapat memulihkan
syahwat lelaki atau merawat masalah batin seperti mati pucuk belum dapat dipastikan kerana ia belum diuji sepenuhnya. Kenyataan
oleh beberapa pengamal perubatan tradisional tentang pengalaman masing-masing tidak boleh diterima. Ubat-ubat itu perlu menjalani
ujian klinikal yang rapi dan hasil kajian perlu disahkan oleh pakar tempatan, luar negara atau pakar bebas.
Bahan-bahan aprodisacs yang terdiri daripada
ubat-ubatan yang mengkhayalkan seperti dadah, candu, arak dan gam memang popular di negara barat sebagai bahan perangsang
seksual. Dadah seperti heroin, kokain dan ganja jika diamalkan dapat meningkatkan nafsu seksual tetapi mempunyai kesan buruk
iaitu merosakkan fungsi seksual. Lelaki yang mengalami masalah mati pucuk, ketegangan penis tanpa orgasme atau masalah pancutan
mani cepat. Minuman keras juga dapat melemahkan fungsi seksual lelaki. Ingatlah, bahan-bahan ini berbahaya dan merosakkan.
Mula-mula mungkin berasa seronok, namun akhirnya diri sendiri yang merana.
Penis menegang apabila menerima rangsangan
mental ataupun fizikal. Apabila ia menegang, otot-otot yang mengampu penis mencengkam, memberi tenaga kepada penis dan kedudukan
penis sebagai persediaan sebelum melakukan hubungan seksual. Otot-otot itu dapat diperkuatkan melalui senaman yang dipanggil
'Kegels', kecuali lelaki itu mengalami penyakit seperti kencing manis dan urat saraf. Ada lelaki yang cuba mengatasi masalah
ini dengan urutan tradisional. Urut jenis ini adalah sejenis ‘senaman pasif’. Memang kaedah urutan tradisional
dapat memulihkan ketegangan zakar yang lembap jika saluran darah zakar normal dan tidak sempit, atau mati pucuk disebabkan
oleh kesihatan dan penyakit. Senaman Kegels (mencengkam otot penis dan ‘pevic floor’ dengan menahan kencing) ialah
sejenis senaman aktif yang mempunyai kesan lebih baik. Senaman ini telah dikenalpasti melangsingkan otot penis dan mengurangkan
kemungkinan mati pucuk.
Kesimpulannya, kebanyakan bahan yang
dianggap ‘aprodisacs’ kebanyakannya tidak berkesan, dan jika ianya berkesan, hanya akan memberikan kesan sampingan
yang tidak elok. Walau bagaimanapun, keberkesanan bagi sesetengah formulasi herba terkini dalam peningkatan kesihatan seks
telah mendapat pengenalpastian daripada kajian saintifik.
‘Horny Goat Weed’ telah terbukti
mempunyai kesan seperti testosteron yang dapat merangsangkan saraf deria dan menggalakkan penghasilan sperma kaum lelaki.
Manakala bagi kaum wanita, ‘horny goat weed’ membantu mengurangkan kelesuan dan ketidakselesaan seks terutama
bagi mereka yang sudah menjangkau menopaus. Ginkgo pula menggalakkan kesan oksida nitrik bagi merehatkan dinding salur darah
supaya aliran darah dapat ditingkatkan. Ginkgo meningkatkan kebolehan mencapai dan mengekalkan ereksi apabila menerima rangsangan
seksual. Ginseng menggalakkan aliran darah ke tisu-tisu vagina. Pengikatannya pada sel penerima hormon dapat meningkatkan
tenaga batin.
Selain dari itu, terdapat lagi bahan-bahan
herba yang lain seperti Fructus Saw Palmetto, Cucurbita Sativum, Herba Epimedium, Pumpkin Seed, Parsley, Puncture, Muira Puama,
Withania, Damania, Tribulus Terresteris dan Ekstrak Tongkat Ali.